Showing posts with label Kata Orang Tua-tua. Show all posts
Showing posts with label Kata Orang Tua-tua. Show all posts

Tuesday, March 1, 2011

Darah Gemuruh

Maksudnya: berperasaan gentar, takut atau cuak (umpamanya menduduki peperiksaan dan melakukan kesalahan)

Perasaan gementar ini memang sesuatu yang lumrah di kalangan manusia. Ini berlaku kerana kita belum pernah lagi menghadapi atau mengalami sesuatu yang agak menakutkan, atau mencabar. Sebagai pelajar terutamanya, kita hendaklah mengelak daripada mengalami darah gemuruh dengan bersiap sedia terlebih dahulu, sebelum melangkah kaki ke dewan peperiksaan.

Monday, February 28, 2011

Daripada Cempedak Baiklah Nangka, Daripada Tidak Baiklah Ada

Maksudnya: Sedikit pun cukuplah daripada tiada langsung

Pepatah ini seringkali ditujukan apabila kita berhadapan dengan situasi yang sukar. Oleh itu, kita janganlah pula bertindak melulu dengan menolak apa-apa jua yang ada di hadapan mata, semata-mata kerana kita berasa tidak puas hati dengannya. Ini untuk mengelakkan kita daripada menyesal di kemudian hari. Ingatlah, sesuatu yang sedikit itu dapat memberi manfaat yang besar jika digunakan dengan betul.