Monday, February 28, 2011

Dadah Pemusnah

Dadah,
Kau amat keji,
Kau tidak berguna,
Kau boleh membunuh,
Menyusahkan manusia.

Dadah,
Ramai manusia mati kerana kau,
Manusia menjadi sampah masyarakat,
Manusia diancam bahaya,
Semuanya kerana kau.

Dadah,
Kerana engkau,
Aku sanggup mencuri,
Membunuh,
Dan mengugut ibu bapa sendiri,
Demi mendapatkan wang.

Dadah,
Kerana engkau jugalah,
Masa depanku hancur,
Musnah,
Kerana kau racun terbesar di negara,
Wahai sahabat semua,
Jauhilah Dadah.

Nur Izyan Diyana bt. Abd Rahim,
Alor Setar, Kedah.

No comments:

Post a Comment