Tuesday, March 1, 2011

Dengarkah tidak?

Dalam perjalanan pulang, seorang pak cik ditahan dalam satu sekatan jalan raya.

Polis: Pak cik, boleh saya tengok LESEN?

Pak cik: Duit berapa SEN encik nak?? Sepuluh SEN?? DUa puluh SEN??

Polis: Ish, bukan pak cik, saya cakap saya mahu tengok lesen PAK CIK.

Pak cik: Terima kasih sajalah, encik... Pak cik bukannya budak keCIK... Pak cik boleh balik sorang-sorang.

Polis: (Garu kepala...) Tak apalah, bagi saya tengok kad PENGENALAN?

Pak cik: LAN typewriter  tu??? Isy, pak cik memang minat dia tu, suara dia memang sedap. Encik pun minat diakah? Samalah kita, ya!

Polis: (Aduh, peningnya!) Emm... rumah pak cik kat MANA?

Pak cik: Pernahla dulu sekali pakcik pergi ISTANA. Maklumlah, pak cik ni tok bomoh hebat!

Anggota polis yang cuba menahan sabar itu akhirnya menanyakan soalan yang dari tadi bermain dalam fikirannya.

Polis: Pak cik ni PEKAK ya?

Tanpa berfikir panjang, pak cik itu pun menjawab:

Pak cik: Pak cik memang PEKAK pun!

Polis: Grrrrr (sabar ajala!)

No comments:

Post a Comment